Monday, August 31, 2009

Resolusi Titian Kaseh & AMPACers 11


Assalamualaikum w.b.t. AMPACers 10!

Apa khabar semua?! Hope everybody is in the greatest shape!
Abg Badr nak sampaikan amanat En.Shah kepada korang semua ye...

En.Shah minta semua AMPACers 10 menyediakan Resolusi Titian Kaseh dan dibentangkan pada 5 September 2009 ini. Dengan kata lain En.Shah nak dengar tentang...
1) apa pengajaran yang korang peroleh daripada EMC-2 kali ini...?
2) apa tindakan yang bakal diambil selepas EMC-2 ini?

Jadi diminta semua bersedia ye!

OK, perkara yang kedua...
AMPACers 11 akan memulakan perjalanan mereka sebagai AMPACers bermula Sabtu ini, 5 September 2009. Jadi Abg Badr inginkan semua AMPACers 10 bertindak menjadi penyambut tetamu dan pemeriah suasana pada Sabtu ini. Ala..macam korang mula-mula join dulu tu la...

Justeru, mohon semua AMPACers 10 datang awal (1pm) dan berpakaian oren AMPAC untuk menampilkan profesionalisme dan semangat AMPAC yang tinggi.

Dan seperti biasa, bagi menggarap kepimpinan korang semua, Abg Badr nak hal ini disebarkan kepada semua AMPACers 10. Kalau ada AMPACers yang tak tau pasal hal ni, maknanya kepimpinan korang ada masalah...hehe.. ingat, fasa kedua adalah fasa kepimpinan...

OK, see u this saturday. Rindu ler kat bebudak RTK tu...insyaAllah ada rezeki kita pegi lagi.. dan ia bergantung kepada resolusi yang korang akan bentangkan sabtu ni...

Apa yang penting? KERJASAMA (sambil tangan bergerak ala agogo..)

ABG BADR a.k.a USTAZ BADR (hehe)

Tuesday, August 25, 2009

EXCELLENT MUSLIM CAMP II

Salam sejahtera dan salam muhibah,
Pada hari sabtu ( 29 ogos 2009 ) ampac akan mengadakan Excellent Muslim Camp II ( EMCII )dan kami akan berkunjung ke Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa yang menempatkan anak-anak terbuang, ibu-ibu tunggal, warga emas, dan Orang Kurang Upaya ( OKU ). Di atas kesempatan itu, kami mengharap simpati anda semua untuk menyumbangkan apa sahaja baik dari segi kewangan, makanan, pakaian, mainan, buku dan sebagainya.
Sumbangan boleh dihantar ke
Az-Zahrah Multi-Inteligence Academy ( AMPAC ),
NO.10A, Medan Pusat Bandar 1,
seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
sebelum hari sabtu ( 29 Ogos 2009 )
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi
En. Badrul Sani, 012-4123305 atau 03-89261297
Moga sumbangan anda mendapat berkat sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,
Sekian Terima Kasih

Tuesday, August 18, 2009

I'm proud of AMPACers 10!!

Salam semua!

Tidak keterlaluan jika Abg Badr mengatakan yang persembahan korang semua pada malam tersebut memang DA BOMB! Rasa cam nak nangis pun ada bila tengok korang punya pidato...sebab waktu Abg Badr tengok korang bersemangat tu, teringat Abg Badr waktu korang mula-mula join AMPAC... Kalau tak silap minggu yang ketiga kot...korang kena cakap atas pentas tentang apa-apa saja topik tu.. Hehehe...memang kelakar... dan daripada saat itu, berkat kerja keras AMPACers 10, dibantu oleh AMPACoaches dan AMPACorporates, korang dapat berubah menjadi remaja yang lebih hebat!

Sememangnya korang kini menjadi remaja yang lebih berkualiti berbanding dulu. Syabas...

Tapi...
Perjuangan belum selesai...

Percaya atau tidak, Abg Badr baru menurunkan 20% ilmu seni berbicara kepada korang semua.. Banyak lagi yang Abg Badr nak kongsi...Supaya bila Abg Badr mati nanti, ilmu ni akan terus hidup dalam diri anak-anak didik Abg Badr...

Baiklah, kita ada beberapa tasks yang perlu disempurnakan.

1) AMPACers 11 recruitment ...
Kita ada 5 lagi tempat kosong untuk AMPACers 11. Dan seperti mana yang Abg bdr maklumkan, I want AMPACers 10 get AMPACers 11. Sorang cari sorang! Dan barang siapa yang berjaya, ada ganjarannya....heheh

2) Excellence Muslim Camp II
Kita akan buat program di Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa. Rumah anak-anak terbuang, ibu tunggal dan OKU. Kita nak bukak puasa dengan diorang pada 29 Ogos 09 ni.

Jadi untuk membincangkan pasal projek ni, Abg Badr nak jumpa dengan semua AMPACers 10 pada hari Selasa (25.8.09), jam 9pg di AMPAC. Kita nak bincang apa yang kita nak buat untuk sempurnakan misi-misi di atas. Harap semua dapat hadir ye. Dan tolong sebarkan perkara ini kepada AMPACers 10 yang lain!

p/s : Jangan lupa ye, Sabtu ni takde AMPAC (Awal Ramadhan). Kita ganti Oktober nanti. Sabtu ni Abg Badr mesti rasa lain sebab tak jumpa korang semua... Have a fantastic Ramadhan!!

Once again, proud of u all!

Saturday, August 8, 2009

15 OGOS 2009

huhu,, setelah agak lame ktorang belatih berpidato,
akhirnya kemuncaknya telah tiba apabila ktorang telah
ditakdirkan untuk mempersembahkan
kehebatan (hebat la sgt ;)
ktorang di pentas PKNS pada 15 ogos (minggu dpan).....
memek muka, gerakan tgn, intonasi,
semunya telah diajar oleh abg badr dan
hanya tinggal persediaan dlm diri kami sahaja.
dan tak lupa,
kepada semua peminat2 ampac yang setia
kami harap anda ringankan kaki ikhlaskan hati
untuk dtg bersama menjayakan dan memberikan
sokongan serta semngat pada kami di sana nanti.....
ampacers10 terrrrrrrrrrrrbaek wokk ;)!!!!

Sabtu, 8 August 2009

Okeh. Harini ialah hari last AMPACers10 untuk berlatih sebelom kitorang ada pidato di atas pentas PKNS Bangi next week, 15 August. Mmg cuak lah kitorg. Kami berlatih menghafal, membuat memek muka yang sesuai, intonasi yang menarik, serta berlatih penghayatan sepanjang harini dgan Abang Badr. Thanks to Abang Badr, memang kitorg taktau la apa nak jadi kat kitorg kalau Abang Badr tak ajar macamni :D Thanks untuk Kak Raida, Abang Wan, Abg farish, Abg Hassan n Abg taki jugak sbb dah bagi untuk aja kat ktorg. Btw, ktorg punya "My Book of Dream" dalam perjalanan nak siap dah :) AhaMinggu ni agak strict sikit berbanding minggu2 sebelum ni. Sebab harini AMPACers10 buat rehearsel menjelang 15 August ( hari bersejarah :D ). Kami 16 orang membuat persembahan pidato dengan tajuk masing-masing. Kata Abang Badr, beliau dah nampak sedikit kemajuan tp belom memuaskan. Papepun, kitorg harap ktorg bole wat yang terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr-baek untuk Abang Badr, coach2, parents n especially untuk diri kami sendiri. Chaiyok untuk korg AMPACers 10.

Kasi gegar itu PKNS Sabtu ni!
:DDD

Saturday, August 1, 2009

AMPACers 10

AMPACers10 terdiri daripada 15 orang ahli iaitu 9 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Gary, Ijat, Ayie, Azwan, Dellll, Kerol, Azim, Hazim, Amri, Put, Ana, Aiman, Myra, Nadia dan Izzati. Berbagai ilmu dan pengalaman yang kami pelajari di sini yg boleh kami terapkan dalam kehidupan sehari-hari. AMPACouches yang turut mencurahkan bakti adalah Abg Badr Hensem, Encik Abdul Rahman Established, Kak Raidah Jelita, Kak Khai Businesswoman, Abang Wan Comel, Abang Taki Chicken Dance, Kak Hanim Rajin, Abang Hasan Smart dan beberapa lagi senior AMPAC. Setiap hari, setiap minggu, kami hadir ke Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy ini dari jam 2 petang sehinggalah 6 petang. Aktiviti yang diadakan setiap minggu sentiasa padat, berguna, bermanfaat, menyeronokkan dan yang penting mempunyai cara dan pendekatannya yang tersendiri dan menarik minat setiap yang menyertainya.

Program yang kami sertai:-

Seni Komunikasi dan Berpidato
Visioning
Usahawan Dirancang
Intelligent Chess
Smart IT
English Sure Boleh
Brilliant Students' Skills